LAPORAN PROGRAM
KEM KEPIMPINAN JATI DIRI
TARIKH
26 HINGGA 28 FEBUARI 2010
TEMPAT
PUSAT BINA SEMANGAT YPJ, SEKAKAP MERSING
ANJURAN
KELAB INSPIRASI UiTM JOHOR
- OBJEKTIF PROGRAM
- Mengeratkan ukhuwah antara exco dengan ahli kelab Inspirasi.
- Melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin pada masa hadapan.
- Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran pada masa hadapan.
- Mendedahkan pengetahuan kepada mahasiswa tentang cabaran yang akan hadapi kelak.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
2.0 PESERTA
Seramai 37 orang peserta yang merupakan exco dan ahli Kelab Inspirasi termasuk 2 orang Pegawai Pengiring yang terdiri daripada penasihat Kelab dan pensyarah UiTM Johor telah turut serta dalam menjayakan kem kepimpinan jati diri ini.
3.0 URUSETIA
PENASIHAT
Pn. Noraini Binti Ismail - Pensyarah Perundangan
PENSYARAH
Cik Juliana Binti Abdul Kadir - Pensyarah Pengurusan Perniagaan
EKSEKUTIF TERTINGGI
Muhammad Faizul Bin Abdul Aziz - Pengarah Program
Izzatul Binti Idris - Timbalan Pengarah Program
Nur Hazimah Binti Khalid - Setiausaha
Muhammad Sabri Bin Othman - Bendahari
JAWATANKUASA PELAKSANA
Noorhafizah Binti Zainal - Aturcara & Protokol
Nor Hidayat Bin Abdullah - Aturcara & Protokol
Mohamad Faizul Bin Zali - Penempatan & Logistik
Fatin Farahain Binti Jalaludin
Nur Fatin Binti Abdul Karim - Sukan & Rekreasi
Nurul Naquiyah Binti Yunus - Hadiah & Cenderamata
Nurul Amera Binti Mohd Razi - Hadiah & Cenderamata
Fathiah Binti Sulaiman - Kebajikan
Nor Hasikin Binti Mohd Salleh - Makanan
Hamizah Nur Baiyinah Binti Hamzah - Makanan
Ahmad Fikri Bin Soria - Publisiti & Multimedia
- TEMPAT
Sepanjang aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan sekitar kawasan di Pusat Bina Semangat YPJ, Sekakap Mersing.
6.0 JADUAL PROGRAM
HARI PERTAMA (26 Febuari 2010, Jumaat)
Masa | Keterangan Acara |
3.30 Petang |
|
5.10 Petang |
|
8.30 Malam 8.45 Malam 9.00 Malam 11.00 Malam |
|
HARI KEDUA (27 Febuari 2010, Sabtu)
Masa | Tentatif |
8.00 Pagi |
|
9.00 Pagi 10.00 Pagi 12.00 Tgh hari |
|
2.15 Petang 5.30 Petang 6.00 Petang |
|
7.35 Malam |
|
8.15 Malam 9.00 Malam 11.30 Malam |
|
HARI KETIGA (28 Febuari 2010, Ahad)
Masa | Tentatif |
8.00 Pagi |
|
9.00 Pagi. |
|
12.00 Tengah Hari |
|
12.40 Tengah Hari 1.30 Petang |
|
2.00 Petang 2.30 Petang |
|
7.0 RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM
26 Febuari 2010 – Sebelum bertolak ke Pusat Bina Semangat Sekakap Mersing
27 Febuari 2010 – Taklimat 'Flying Fox' yang disampaikan oleh En. Hamdan
Aktiviti 'Flying Fox' menguji kekentalan diri peserta untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempur.
27 Febuari 2010 – Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Simpan Jemaluang Sekakap Mersing
28 Febuari 2010 – Taklimat berakit yang disampaikan oleh En. Awi
28 Febuari 2010 – Sesi Fotografi Pengiring, exco-exco dan ahli kelab Inspirasi bersama Pegawai Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap
8.0 RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM
Kem Kepimpinan Jati Diri anjuran Kelab Inspirasi yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi UiTM Johor berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Kem ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan. Aktiviti night navigation pada hari pertama, menguji kredibiliti kepimpinan setiap ketua kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang busuk serta dalam. Aktiviti ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Aktiviti 'flying fox' pula, membantu peserta meningkatkan keberanian dalam diri mereka untuk melepasi halangan yang dialami. 'Jungle trekking' di Hutan Simpan Jemaluang bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi. Begitu juga dengan aktiviti sukaneka dan aktiviti berakit yang mampu memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan serta mengeratkan tali silaturrahim antara exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap Mersing kerana mengizinkan kami menjalankan aktiviti di tempat mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka kepada kami sepanjang kem ini amat dihargai. Tidak dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan seperti yang dirancangkan.
Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan dalam membentuk jatidiri mahasiswa dan menjadi pelapis kepada kepimpinan serta menjadi mahasiswa yang berintelektual, paradigma dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.