Ahad, 28 Februari 2010

LAPORAN KEM JATI DIRI

LAPORAN PROGRAM

KEM KEPIMPINAN JATI DIRI


TARIKH

26 HINGGA 28 FEBUARI 2010


TEMPAT

PUSAT BINA SEMANGAT YPJ, SEKAKAP MERSING


ANJURAN

KELAB INSPIRASI UiTM JOHOR


  1. OBJEKTIF PROGRAM
    1. Mengeratkan ukhuwah antara exco dengan ahli kelab Inspirasi.
    2. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin pada masa hadapan.
    3. Meningkatkan tahap keberanian dan jati diri dalam menempuh segala cabaran pada masa hadapan.
    4. Mendedahkan pengetahuan kepada mahasiswa tentang cabaran yang akan hadapi kelak.
    5. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.


2.0 PESERTA

Seramai 37 orang peserta yang merupakan exco dan ahli Kelab Inspirasi termasuk 2 orang Pegawai Pengiring yang terdiri daripada penasihat Kelab dan pensyarah UiTM Johor telah turut serta dalam menjayakan kem kepimpinan jati diri ini.


3.0 URUSETIA


PENASIHAT

Pn. Noraini Binti Ismail - Pensyarah Perundangan

PENSYARAH

Cik Juliana Binti Abdul Kadir - Pensyarah Pengurusan Perniagaan

EKSEKUTIF TERTINGGI


Muhammad Faizul Bin Abdul Aziz - Pengarah Program

Izzatul Binti Idris - Timbalan Pengarah Program

Nur Hazimah Binti Khalid - Setiausaha

Muhammad Sabri Bin Othman - Bendahari


JAWATANKUASA PELAKSANA

Noorhafizah Binti Zainal - Aturcara & Protokol


Nor Hidayat Bin Abdullah - Aturcara & Protokol

Mohamad Faizul Bin Zali - Penempatan & Logistik

Fatin Farahain Binti Jalaludin

Nur Fatin Binti Abdul Karim - Sukan & Rekreasi

Nurul Naquiyah Binti Yunus - Hadiah & Cenderamata

Nurul Amera Binti Mohd Razi - Hadiah & Cenderamata

Fathiah Binti Sulaiman - Kebajikan

Nor Hasikin Binti Mohd Salleh - Makanan

Hamizah Nur Baiyinah Binti Hamzah - Makanan

Ahmad Fikri Bin Soria - Publisiti & Multimedia


  1. TEMPAT

    Sepanjang aktiviti yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dilaksanakan sekitar kawasan di Pusat Bina Semangat YPJ, Sekakap Mersing.

6.0 JADUAL PROGRAM


HARI PERTAMA (26 Febuari 2010, Jumaat)

Masa

Keterangan Acara

3.30 Petang

  • Bertolak dari UiTM Johor ke YPJ Sekakp Mersing.

    (5 jam perjalanan)

5.10 Petang

  • Berhenti di Masjid Jamek Pekan Yong Peng untuk melakasanakan solat Asar.

8.30 Malam

8.45 Malam

9.00 Malam




11.00 Malam

  • Rombongan tiba di Pusat Bina Semangat YPJ, Sekakap Mersing.
  • Makan malam
  • Sesi Taklimat
    • Ucapan Ketua Program
    • Ucapan En. Hamdan Pegawai Pusat Bina Semangat YPJ
  • Penyerahan kunci bilik, cadar katil dan bantal
  • Aktiviti Night Navigation


HARI KEDUA (27 Febuari 2010, Sabtu)

Masa

Tentatif

8.00 Pagi

  • Sarapan Pagi

9.00 Pagi

10.00 Pagi



12.00 Tgh hari

  • Aktiviti Flying Fox
    • Taklimat 'Flying Fox' oleh En. Hamdan
  • Aktiviti'Jungle Trekking ' di Hutan Simpan Jemaluang Sekakap Mersing
    • Taklimat'Jungle Trekking 'sebelum Jungle Trekking yang disampaikan oleh En. Awi
  • Makan tengah hari, rehat dan solat jama' Zohor dan Asar

2.15 Petang





5.30 Petang

6.00 Petang

  • Aktiviti Sukaneka
    • Cari gula dalam Tepung
    • Lompat dalam guni
    • Pijak belon pada kaki
    • Tarik upih
  • Aktiviti Bebas
  • Makan petang, berehat dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib dan Malam Kesenian Inspirasi

7.35 Malam

  • Solat Jama' Maghrib dan Isyak berjemaah dan Tazkirah Muhasabah Diri di Surau Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap.

8.15 Malam

9.00 Malam


11.30 Malam

  • Makan malam
  • Berkumpul di dewan dan Persembahan oleh setiap kumpulan sempena Malam Kesenian Inspirasi
    • Bersurai


HARI KETIGA (28 Febuari 2010, Ahad)

Masa

Tentatif

8.00 Pagi

  • Sarapan pagi

9.00 Pagi.

  • Aktiviti berakit
    • Taklimat berrakit disampaikan oleh En. Awi

      (Pegawai Kem YPJ Sekakap)

    • Berkemas untuk pulang ke UiTM

12.00 Tengah Hari

  • Makan Tengah Hari.

12.40 Tengah Hari



1.30 Petang

  • Berkumpul di Dewan untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderamata dan Majlis Perasmian Penutupan

    Kem Kepimpinan Jati diri Kelab Inspirasi UiTM Johor.

    • Ucapan Ketua Program
    • Ucapan Pengurus PBS YPJ Sekakap Mersing, En. Hj Mohd Nor
    • Ucapan Penasihat Pn.Noraini
    • Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta
    • Penyampaian cenderamata daripada Kelab Inspirasi kepada PBS YPJ Sekakap.
    • Sesi Fotografi Pengiring, exco-exco dan ahli kelab Inspirasi bersama Pegawai Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap.

2.00 Petang


2.30 Petang

  • Solat Jama' Zohor dan Asar Berjemaah di Surau Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap.
  • Bertolak ke UiTM


7.0 RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM


26 Febuari 2010 – Sebelum bertolak ke Pusat Bina Semangat Sekakap Mersing


27 Febuari 2010 – Taklimat 'Flying Fox' yang disampaikan oleh En. Hamdan


Aktiviti 'Flying Fox' menguji kekentalan diri peserta untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempur.


27 Febuari 2010 – Aktiviti Jungle Trekking di Hutan Simpan Jemaluang Sekakap Mersing


28 Febuari 2010 – Taklimat berakit yang disampaikan oleh En. Awi


28 Febuari 2010 – Sesi Fotografi Pengiring, exco-exco dan ahli kelab Inspirasi bersama Pegawai Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap


8.0 RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM


Kem Kepimpinan Jati Diri anjuran Kelab Inspirasi yang berlangsung selama 3 hari dua malam telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kesemua exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi UiTM Johor berpuas hati dan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.


Kem ini berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif program yang telah digariskan. Aktiviti night navigation pada hari pertama, menguji kredibiliti kepimpinan setiap ketua kumpulan untuk menjaga dan memastikan ahli kumpulan mereka berjaya meredah hutan paya bakau yang penuh dengan onak dan duri dan air lumpur yang busuk serta dalam. Aktiviti ini mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran yang akan dihadapi dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Aktiviti 'flying fox' pula, membantu peserta meningkatkan keberanian dalam diri mereka untuk melepasi halangan yang dialami. 'Jungle trekking' di Hutan Simpan Jemaluang bukan sahaja memberi pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan untuk dijadikan makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya, namun aktiviti ini juga telah mengeratkan ukhuwah antara exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi. Begitu juga dengan aktiviti sukaneka dan aktiviti berakit yang mampu memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan serta mengeratkan tali silaturrahim antara exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi.


Ucapan jutaan terima kasih kepada Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap Mersing kerana mengizinkan kami menjalankan aktiviti di tempat mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka kepada kami sepanjang kem ini amat dihargai. Tidak dilupakan juga jasa pengiring-pengiring, ahli jawatankuasa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Tanpa komitmen dan kerjasama dari semua pihak, kem ini tidak akan dapat berjalan seperti yang dirancangkan.


Adalah diharapkan segala pengalaman dan memori yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan dalam membentuk jatidiri mahasiswa dan menjadi pelapis kepada kepimpinan serta menjadi mahasiswa yang berintelektual, paradigma dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan