Rabu, 10 Mac 2010

LAPORAN CERAMAH CINTA HAKIKI SERIBU ERTI


CERAMAH CINTA HAKIKI SERIBU ERTI

TARIKH
10 MAC 2010

TEMPAT
MASJID AL-SYAKIRIN UITM JOHOR

ANJURAN
KELAB INSPIRASI UiTM JOHOR


1. Aktiviti yang dijalankan

Pada hari rabu bertarikh 10 Mac 2010 telah berlangsung satu ceramah yang bertajuk "Cinta Hakiki Seribu Erti". Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Binti Syed Mohd Badiuzzaman anjuran Kelab Inspirasi UiTM Johor. Ceramah ini diadakan di Masjid Al-Syakirin yang bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.


2. Objektif

Menerapkan budaya cinta akan Al-Quran kepada pelajar-pelajar.
Mendidik para pelajar akan untungnya memuliakan Al-Quran.
Melahirkan pelajar UiTM yang bukan sahaja mementingkan bidang akademik tetapi mementingkan pembangunan kerohanian dalam diri pelajar.
Membentuk masyarakat yang perihatin terhadap hubungan manusia kepada tuhan, masyarakat dan alam.

3. Perjalanan Sekitar Aktiviti

Ceramah ini bermula pada pukul 8.50 malam selepas solat isyak di masjid Al-Syakirin. Aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat dari para pelajar dan juga pensyarah. Ramai pelajar yang memenuhi masjid Al-Syakirin untuk menonton ceramah ini. Penceramah yang dijemput merupakan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang ke-51. Aktiviti dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh penceramah. Pada pukul 9.30, majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah yang bertajuk "Cinta Hakiki Seribu Erti". Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi bertarannum antara peserta-peserta dan Cik Hajah Sharifah Khasif Fadzilah. Majlis bersurai pada pukul 11.30 malam.

4. Penglibatan Ahli Jawatankuasa Program

Exco-exco telah menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya dibawah arahan Ketua Projek, Cik Nurul Naquiyah Binti Yunus. Penasihat Kelab Inspirasi iaitu Puan Noraini Binti Ismail dan Cik Wan Noradila Binti Wan Mohd Zain turut menyertai ceramah ini. Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat:
Nurul Naquiyah Binti Yunus - Ketua Projek
Izzatul Binti Idris - Penolong Ketua Projek
Nur Hazimah Binti Khalid - Setiausaha
Muhammad Sabri Bin Othman - Bendahari
Noorhafizah Binti Zainal - Aturcara & Protokol
Nor Hidayat Bin Abdullah
Mohamad Faizul Bin Zali - Penempatan & Logistik
Hamizah Nur Baiyinah Binti Hamzah
Nur Fatin Binti Abdul Karim - Hadiah & Cenderahati
Fatin Farahain Binti Jalaludin
Nor Hasikin Binti Mohd Salleh - Makanan
Nurul Amera Binti Mohd Razi - Informasi dan Multimedia
Ahmad Fikri Bin Soria
Fathiah Binti Sulaiman - Hal Ehwal Disiplin
Jamal Bin Abu Hussin - Hal Ehwal Kerohanian
Mohd Khairil Anuar Bin Othman - Tugas-tugas Khas

5. Gambar-gambar sekitar aktiviti


Sesi ceramah oleh penceramah iaitu Cik Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Binti Syed Mohd Badiuzzaman


Suasana di dalam Masjid Al-Syakirin sewaktu ceramah ini berlangsung. Ramai pelajar memenuhi masjid.


Sesi soal jawab dan bertarannum bersama penceramah

Jamuan ringan untuk penceramah, penasihat dan vip jemputan
6. Penutup

Secara tuntasnya, keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar. Masa, tarikh dan tempat yang dipilih sangat sesuai dengan personaliti penceramah dan tajuk ceramah. Sambutan para pelajar terhadap program ini amat memberangsangkan. Para pelajar berasa seronok dan inginkan program seperti ini dianjurkan lagi. Aktiviti ini juga telah Berjaya mengecapi objektif yang telah digariskan. Ucapan tahniah kepada penceramah yang sudi menerima pelawaan kami untuk memberikan ilmu bertarannum dan kepentingan Al-Quran kepada para pelajar. Ribuan terima kasih juga kepada mengurus Masjid Al-Syakirin kerana membenarkan kami mengadakan aktiviti ceramah ini di Masjid Al-Syakirin.
Moga-moga segala ilmu yang diperolehi daripada ceramah ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang hadir bagi melahirkan umat yang Berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan