Sabtu, 10 April 2010

LAPORAN DINNER KELAB INSPIRASI

LAPORAN AKTIVITI

MALAM KECEMERLANGAN

KELAB INSPIRASI

TARIKH

10 APRIL 2010


TEMPAT

DEWAN SRI PERIA


ANJURAN

KELAB INSPIRASI UiTM JOHOR


  1. Aktiviti yang dijalankan

Pada hari ahad, bertarikh 10 April 2010 telah berlangsung satu majlis iaitu Malam Kecemerlangan Kelab Inspirasi yang bertemakan "Harry Potter and the night full of Inspiration". Makan malam ini telah berlangsung di Dewan Sri Peria yang bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

  1. Objektif
    1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara exco-exco dan ahli-ahli Kelab Inspirasi
    2. Menghargai sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh penasihat-penasihat Kelab Inspirasi dalam memajukan kelab ini.
    3. Memberikan penghargaan kepada exco-exco Kelab Inspirasi bagi sesi Julan 2009 sehingga Mei 2010.
    4. Merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa lama Kelab Inspirasi dan perlantikan ahli jawatankuasa baru Kelab Inspirasi.
  2. Perjalanan Sekitar Aktiviti

Program ini mendapat sambutan yang memuaskan daripada ahli-ahli Kelab Inspirasi. Sebanyak 80 keping tiket yang telah dijual. Program ini bermula pada pukul 8.45 malam selepas para VIP serta penasihat kelab iaitu Puan Noraini Binti Ismail tiba di Dewan Sri Peria. Aktiviti dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis, bacaan doa dan sedikit ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Kelab Inspirasi, saudari Fathiah Binti Sulaiman dan penasihat Kelab Inspirasi. Jamuan makan bermula pada pukul 9.15 malam dan diiringi dengan muzikal daripada Filem Harry Potter. Kemudian, para hadirin dihiburkan oleh persembahan oleh mantan-mantan ahli jawatankuasa Kelab Inspirasi. Pada pukul 10.00 malam, program diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata oleh Puan Noraini Binti Ismail kepada ahli jawatankuasa lama Kelab Inspirasi sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka membangunkan Kelab Inspirasi. Program diteruskan dengan acara kemuncak Malam Kecemerlangan Kelab Inspirasi iaitu perasmian pembubaran ahli jawatankuasa lama Kelab Inspirasi dan perasmian ahli jawatankuasa baru Kelab Inpirasi oleh Puan Noraini Binti Ismail. Program ini tamat pada pukul 10.30 malam.

  1. Penglibatan Ahli Jawatankuasa Program

Exco-exco telah menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya dibawah arahan Ketua Projek, Nur Fatin Binti Abdul Karim. Penasihat Kelab Inspirasi iaitu Puan Noraini Binti Ismail, Cik Wan Noradila Binti Wan Mohd Zain, exco semester 6 dan semester 5 yang akan jalani praktikal semester hadapan merupakan para jemputan terhormat majlis ini. Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa yang terlibat:

Nur Fatin Binti Abdul Karim - Ketua Projek

Nurul Amera Binti Mohd Razi - Penolong Ketua Projek & Biro makanan

Nur Hazimah Binti Khalid - Setiausaha & Biro aturcara dan protokol

Mohamad Faizul Bin Mohamad Zali - Biro Penempatan & Logistik

Hamizah Nur Baiyinah Binti Hamzah - Biro Tugas-tugas Khas

Fatin Farahain Binti Jalaludin - Biro Kebersihan

Nor Hasikin Binti Mohd Salleh - Biro Hiasan Dewan

Muhammad Faizul Bin Abdul Aziz - Biro Hadiah & Cenderamata

Izzatul Binti Idris - Biro Informasi & Multimedia

Ad Hoc yang terlibat:

Siti Naemah Binti Md. Azlan - Ad Hoc Hadiah & Cenderamata

Nur Izzadiana Binti Idris - Ad Hoc Hadiah & Cenderamata

Muhammad Hafidzuddin Bin Mohd Sangit – Ad Hoc Tugas-tugas Khas

Nor Suhaida Binti Ibrahim - Ad Hoc Makanan & Hiasan Dewan

Nabila Huda Binti Senin - Ad Hoc Makanan & Hiasan Dewan

Nik Nurfathiah Binti Nik Ahmad Azlan - Ad Hoc Makanan & Hiasan Dewan

Nur Amirah Binti Anis - Ad Hoc Makanan & Hiasan Dewan

Mohd Izuan Bin Ismail - Ad Hoc Penempatan & Logistik

Abdul Rahman Bin Ramli - Ad Hoc Tugas-tugas Khas

Muhammad Amiruddin Bin Md. Noh - Ad Hoc Penempatan & Logistik

  1. Gambar-gambar sepanjang ceramah berlangsung




    Suasana di dalam Dewan Sri Peria selepas program bermula. Para hadirin sedang menjamu selera.




  1. Penutup

Secara tuntasnya, keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar. Tarikh yang dipilih sesuai, namun disebabkan oleh Dinner Sektor A diadakan pada waktu malam, di hari yang sama dan tambahan pula ia merupakan program wajib kolej maka, kami mendapat kurang mendapat sambutan daripada ahli-ahli Kelab Inspirasi yang tinggal di sektor A. Aktiviti ini telah berjaya mengecapi objektif yang telah digariskan. Ucapan tahniah kepada barisan exco dan ad hoc yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada barisan VIP Kelab Ispirasi iaitu mantan-mantan Kelab Inspirasi kerana memberikan sokongan yang jitu kepada exco-exco bagi menjayakan program ini agar ia berjalan dengan lancar. Tidak terlupa juga kepada penasihat Kelab Inspirasi kerana sentiasa sabar untuk melayan kerenah anak buah beliau dalam menggerakkan kelab ini agar terus maju dan cemerlang.

Moga jasa kesemua yang terlibat dalam menjayakan program ini akan dikurniakan ganjaran oleh Allah s.w.t. Setelah terlaksananya program ini, diharapkan agar hubungan silaturrahim anta exco-exco dan ahli-ahli kelab akan bertambah akrab. Segala kekurangan sepanjang program ini berlangsung, harap dimaafi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan